Polisi Privasi

Menjaga privasi peribadi dan maklumat kewangan pelanggan adalah keutamaan di Exness. Laman ini menyatakan bagaimana syarikat memastikan maklumat pelanggan sentiasa selamat.

Polisi Privasi Exness

Pengambilan Maklumat Peribadi

Syarikat Exness boleh meminta maklumat peribadi pelanggan yang diperlukan semasa pelanggan membuka akaun. Kepentingan pelanggan dapat dilindungi kerana pelanggan boleh membuat transaksi menggunakan akaun peribadinya sendiri.

Penggunaan Maklumat Peribadi

Syarikat menggunakan maklumat peribadi pelanggan untuk memberikan servis yang selamat dan berkualiti. Maklumat peribadi tersebut boleh digunakan untuk membuat pengesahan identiti pelanggan itu. Syarikat juga boleh menggunakan maklumat tersebut untuk membuka/mengubah akaun trading, kod pengaktifan dan juga kata laluan. Selain itu ia juga digunakan untuk memaklumkan tentang produk baru, peluang dan promosi kepada pelanggan.

Cawangan Dan Rakan Kongsi

Atas permintaan pelanggan Exness boleh memberikan maklumat tentang servis yang ditawarkan kepada cawangan dan rakan kongsi. Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, Exness boleh menjalinkan perjanjian pemasaran dengan syarikat lain.

Batasan Maklumat Peribadi Pelanggan Kepada Pihak Ketiga

Syarikat Exness tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi pelanggan, kecuali beberapa kes di bawah:
  • Permintaan dari badan perundangan.
  • Permintaan dari penguatkuasa cukai dan kredit.

Penggunaan Cookies

Penggunaan cookies adalah untuk memastikan operasi yang efektif di website Exness. Cookies adalah teks yang dihantar ke server Exness dari komputer pelanggan. Cookies tidak mengandungi maklumat peribadi, nombor akaun atau kata laluan.

Komunikasi

Semasa mendaftar akaun, pelanggan ada menerima email pengesahan. Syarikat boleh menghantar promosi ke email tersebut. Pelanggan juga boleh menggunakan email tersebut untuk berkomunikasi dengan Exness.

Pertukaran dalam Polisi Privasi

Syarikat boleh mengemaskini polisi privasi dari masa ke semasa. Ia akan diterbitkan di laman web Exness dan semua pelanggan akan diberitahu tentang perubahan tersebut. Syarikat memohon supaya pelanggan membaca polisi privasi ini untuk mengetahui bagaimana maklmumat peribadi mereka digunakan.

Pelanggan boleh menghantar sebarang pertanyaan atau cadangan berkenaan polisi privasi ke email: legal@exness.com